Rompak Bank Utk Bantu Gelandangan Robin Hood dipenjara 70 Bulan 12 Jul 2013

Kamis, 19 Desember 2013 0 komentar

  12 Jul 2013

 
 
Ilustrasi (Reuters)
Wyoming - Seorang lelaki Australia mengaku nekat merompak bank untuk membantu orang miskin dan gelandangan. Meski begitu, mahkamah Amerika Syarikat tetap menghukumnya bersalah menjatuhkan hukuman 5 tahun 10 bulan atau 70 bulan penjara.

Lelaki itu,  Corey Donaldson, 40,    dinyatakan bersalah atas dakwaan merompak bank di wilayah Jackson, Wyoming. Aksi rompakan ini terjadi pada 31 Desember 2012 atau tepat pada malam tahun baru lalu.

Seperti dilansir Fox News, Jumaat (12/7/2013), Donaldon mengakui bahawa dia memang merompak lebih dari US$ 140 ribu  dari bank tersebut. Namun, dia menyatakan bahawa tindakannya tersebut boleh dibenarkan.

Donaldson,   menyamakan dia dengan Robin Hood dan mengklaim bahawa sebagian besar wang yang dirompaknya   telah diberikan kepada para gelandangan. Dalam perbicaraan, Donaldson juga menyebut bahawa aksi rompakan tersebut demi memberi peringatan soal sistem perbankan di AS yang bermasalah.

"Anda belum hidup jika anda tidak membantu orang lain sedemikian rupa hingga mereka tidak akan boleh membalas anda," ucap Donaldson kepada hakim dalam pebicaraan.

Anggota keselamatan setempat menangkap Donaldson di salah satu kamar hotel mewah di negara   Utah. Bersama dengannya, disita wang tunai dengan jumlah lebih dari US$ 30 ribu  .

Mahkamah memerintahkan agar dia dideportasi kembali ke Australia, usai menjalani masa hukumannya di AS.detikNews

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Buka Kaca