Jujur Anak kapal pulangkan beg berisi wang dan barang kemas

Senin, 10 Februari 2014 0 komentar

myMetro

Dubai: Sikap jujur anak kapal sebuah syarikat penerbangan membolehkan sebuah beg berisi wang tertinggal dalam pesawat dikembalikan dengan selamat kepada pemiliknya, semalam.
Jurucakap polis berkata, beg itu milik seorang penumpang dari Singapura yang menaiki penerbangan transit melalui bandar raya Dubai.

“Anak kapal menemui beg itu dan menyerahkannya kepada polis.
“Pihak polis berjaya mengesan pemilik beg berkenaan,” katanya.

Disebabkan pemilik beg itu sudah berlepas, polis mengusahakan agar dia dibawa semula ke Dubai untuk mengambil barangnya. “Sebelum itu kami cuba menghubungi telefon bimbit penumpang terbabit berkali-kali, tetapi dia asyik mematikan telefonnya. “Kami kemudian menghantar e-mel kepada individu terbabit dan beberapa jam kemudian, penumpang itu membalas kiriman berkenaan dan menyatakan kegembiraannya kerana beg itu ditemui,” katanya. Jurucakap polis itu berkata, lelaki terbabit tidak percaya beg itu akan diperolehnya semula.

“Sejurus selepas mendapat pengesahan, penumpang terbabit mengambil tiket menaiki pesawat dan tiba di Dubai menuntut beg itu,” katanya.
Akhbar tempatan melaporkan, penumpang itu menaiki pesawat dari Singapura melalui Dubai.

Selain wang tunai, beg berkenaan turut mengandungi barang kemas. - AN

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Buka Kaca